28 Januari 2023 – SUKARELAWAN UPNM TERUS BERBAKTI

Kesinambungan dari Program TVET Parit Sulong pada edisi yang lepas, sukarelawan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terus berganding bahu melaksanakan skop tugas iaitu mengecat lapisan sealer dan undercoat keseluruhan dinding baharu dalam dan luar rumah termasuk bahagian foyer rumah.

Para sukarelawan yang terdiri dari 3 orang staf dan 40 orang pelajar UPNM diketuai oleh En. Sharizan bin Samad, Ketua Pegawai Psikologi, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM akan meneruskan tugas pemasangan pendawaiaan elektrik dan pemasangan siling rumah yang akan mengambil selama 5 hari.
Progres Baik Pulih Rumah Kediaman Berkeperluan Program TVET Parit Sulong turut dibantu oleh penduduk setempat. Semoga usaha murni tim sukarelawan UPNM dalam membantu golongan memerlukan akan memberikan sinar baharu kehidupan mereka pada masa mendatang.

Share This Post