PENGENALAN

Khidmat Komuniti UPNM bertujuan untuk menganjurkan program penyampaian bantuan kemanusiaan bagi pihak universiti kepada mangsa yang terkesan akibat bencana khususnya warga UPNM (pelajar dan staf) serta golongan sasar lain seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ini adalah selaras dengan kehendak buku panduan pelaksanaan JINM di Universiti Awam (UA) terbitan JPT pada 2018, iaitu “Redesign University Higher Education: University, Industry and Community Engagement”. Program JINM juga didapati sentiasa menyokong 10 Lonjakan yang ditetapkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

TUJUAN

  • Membasmi kemiskinan dan pengasingan di kalangan komuniti.
  • Meningkatkan penentuan kendiri komuniti setempat.
  • Menggalakkan penglibatan secara demokrasi.
  • Mewujudkan masyarakat penyayang

  • Mengatasi ketidakpuasan dan bertindak sewajarnya.

SUKARELAWAN

Setakat ini seramai 83 staf dan 399 pelajar sukarelawan UPNM terlibat dalam Khidmat Komuniti UPNM

KERJASAMA AGENSI LUAR

  • Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

  • Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

  • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

  • Markas Angkatan Bersama (MK AB)

  • Pihak Berkuasa Tempatan (termasuklah pejabat daerah, majlis/dewan bandaraya, dan sebagainya)

  • United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD)

  • Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

  • Yayasan Tzu Chi Malaysia

  • National Institute Occupational Safety And Health (NIOSH)

Bentuk Bantuan

Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah pemberian bakul makanan, pembersihan rumah dan pembaikan bahagian rumah yang rosak.

Universiti for Society (U4S)

Download Buku Garis Panduan University for Society (U4S) 1st Edition

Mari Sertai SUKARELAWAN KHIDMAT KOMUNITI UPNM

Selagi kemiskinan, ketidakadilan & ketidaksamaan berterusan, tiada seorang pun daripada kita boleh benar-benar berehat. Tidak perlu banyak untuk mengubah kehidupan, Hubungi hari ini dan mula membuat perubahan.

daftar disini
hubungi kami

KERJASAMA AGENSI LUAR