Program Perkasa Remaja SMK Selayang Bharu
5 November 2024 | Batu Caves – Program ini merupakan program anjuran Unit Kaunseling SMK Selayang Bharu dengan kerjasama Pensyarah UPNM, Kumpulan Kiambang Merah UPNM dan Yayasan ZuriatCARE dengan sokongan geran Kiambang Merah dari Kementerian Kewangan Malaysia yang betujuan untuk memberi kesedaran berkenaan Kepentingan Cakna isu Berkaitan Kesihatan Seksual dan Reproduktif terutamanya melibatkan pelaporan bagi salah laku seksual dikalangan remaja. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan umum tentang pencegahan masalah mencederakan diri “self-harm” dan bunuh diri “suicide” yang kian meruncing dikalangan remaja.
Program ini telah menampilkan Pakar Kanak-kanak dan Remaja dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM, Dr Mohd Faizul bin Amer sebagai penceramah utama serta barisan pelajar perubatan klinikal dari Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM sebagai fasilitator terlatih bagi sesi bengkel interaktif bersama lebih 200 orang pelajar menengah rendah.
Di samping memberi pendedahan dan pendidikan kepada komuniti, program ini juga dapat menyemai nilai kesukarelawanan dan nilai kontribusi professional kepada masyarakat dalam diri mahasiswa yang merupakan elemen yang sangat penting dalam melahirkan graduat kedoktoran bersifat Budiman sejajar dengan ciri INTELLECTUAL LEADERS OF CHARACTER yang ditekankan dalam kurikulum UPNM.
Program ini juga merupakan salah satu inisiatif Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM untuk menyahut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkasa program pemindahan ilmu dalam Program “PUTRAJAYA FESTIVAL OF IDEAS” yang berlangsung sepanjang bulan November 2024.