WIRA UPNM DI HATI KOMUNITI – BAKTI HARI KEEMPAT!
Hari ini, seramai 50 sukarelawan pelajar UPNM berganding bahu bersama penduduk dalam aktiviti gotong-royong komuniti di Kawasan 6 Ayer Baloi, Pontian meliputi:
🏘️ Kampung Parit Haji Ilyas
🏘️ Kampung Parit Haji Abdul Karim
🏘️ Kampung Parit Mokhayat
🏘️ Kampung Parit Baru
Aktiviti:
✅ Membersih kawasan surau dan perpustakaan
✅ Mengecat mural komuniti
✅ Menaikkan papan tanda kampung
💬 Inilah bukti mahasiswa UPNM bukan hanya cemerlang di kampus, tetapi juga prihatin dan menyumbang kepada masyarakat.
Mereka bukan sekadar sukarelawan, merekalah Duta Kecil UPNM, menyemai nilai #UPNM30 dengan tindakan yang memberi makna.
✨ Terima kasih WIRA UPNM!
