12 pelajar UPNM pulang ke Borneo melalui Penerbangan Ehsan TUDM sempena Aidilfitri.

16 Mac 2026 | SUBANG: Bagi sebahagian pelajar, perjalanan pulang menyambut Aidilfitri bukan sekadar membeli tiket, tetapi tentang peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Seramai 12 pelajar UPNM dari Sabah dan Sarawak berpeluang pulang ke kampung halaman melalui Penerbangan Ehsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Kuching, Tawau dan Labuan pada awal pagi tadi.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi menyantuni pelajar berkeperluan serta membantu mengurangkan beban kewangan mereka untuk pulang menyambut Hari Raya bersama keluarga.

Para pelajar telah dilepaskan oleh Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad (Bersara), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM, sebelum berlepas dan dijadualkan kembali ke kampus pada 25 Mac 2026.

UPNM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Panglima Tentera Udara serta seluruh warga TUDM atas keprihatinan dan sokongan yang membolehkan para pelajar ini pulang menyambut Aidilfitri bersama insan tersayang.

Share This Post