KEDUTAAN UAE SALUR BANTUAN KEPERLUAN ASAS KE UPNM

5 Apr 2023 (Rabu) – Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (The Embassy of the United Arab Emirates) telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan keperluan asas makanan seperti beras dan minyak masak kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Wakil Kedutaan UAE telah menyampaikan sumbangan ini kepada Pn Fazielah Mohamad, Pendaftar UPNM bertempat di Dewan Pendekar. Sumbangan-sumbangan ini seterusnya akan diagih-agihkan kepada staf yang memerlukan di samping meringankan kos perbelanjaan mereka.
Sesungguhnya amalan bersedekah amat digalakkan di kalangan umat Islam kerana terdapat banyak kelebihannya termasuklah memperoleh pahala berlipat ganda dan mendapat naungan di Hari Akhirat.

Share This Post