KEDUTAAN UAE TERUS CURAH SUMBANGAN

14 Apr 2023 – Kedutaan Emiriah Arab Bersatu (Embassy of the United Arab Emirates) telah menyampaikan sumbangan kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bagi membantu staf dan pelajar yang berkeperluan.

Sumbangan Kedutaan UAE melalui Zayed Charitable and Humanitarian Foundation adalah dalam bentuk keperluan asas seperti beras, minyak masak dan lain-lain.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat menyantuni staf yang memerlukan dan seterusnya meringankan bebanan kewangan mereka terutamanya di bulan Ramadan Al-Mubarak.

Share This Post