MAHASISWA UPNM SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI BENGOI

10 Jun 2023 – Menyelami hakikat sebuah kehidupan di pendalaman tanah air, seramai 40 orang sukarelawan dari Kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah berganding bahu melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di Kampung Orang Asli Bengoi, Jerantut, Pahang.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah gotong-royong membersihkan kawasan perkampungan, pemeriksaan kesihatan dan gigi, penyampaian sumbangan barang keperluan asas, pertandingan mewarna dan origami kanak-kanak, pertandingan sepak takraw dan menyumpit.
Majlis perasmian dan penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh Encik Muhammad Hazman Hussin, Pegawai Psikologi UPNM merangkap Penyelaras Program dan dibantu oleh Satini Lim, Pengarah Program dan merupakan pelajar Tahun 2 FSTP.
Program Sukarelawan Mahasiswa UPNM turut mendapat kerjasama dari JHEPA UPNM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Pahang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA)

Share This Post