Pejabat Pendaftar menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga di atas pemergian En. Narayansamy a/l Arunasalam.

18 September 2023 (Isnin) – Pejabat Pendaftar berdukacita di atas pemergian seorang staf berdidikasi di Bahagian Keselamatan iaitu En. Narayansamy a/l Arunasalam, Pengawal Keselamatan yang meninggal dunia pada 16 September 2023.
Atas keprihatinan dan kebajikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta Pegawai Pusat Pengurusan Wakaf UPNM telah membuat ziarah ke rumah keluarga En. Narayansamy di Kuala Kubu Baharu, Selangor dan turut menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada Balu beliau untuk kegunaan bagi pengurusan yang berkaitan.

Share This Post