PENGENALAN
Khidmat Komuniti UPNM bertujuan untuk menganjurkan program penyampaian bantuan kemanusiaan bagi pihak universiti kepada mangsa yang terkesan akibat bencana khususnya warga UPNM (pelajar dan staf) serta golongan sasar lain seperti yang digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ini adalah selaras dengan kehendak buku panduan pelaksanaan JINM di Universiti Awam (UA) terbitan JPT pada 2018, iaitu “Redesign University Higher Education: University, Industry and Community Engagement”. Program JINM juga didapati sentiasa menyokong 10 Lonjakan yang ditetapkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.
TUJUAN
- Membasmi kemiskinan dan pengasingan di kalangan komuniti.
- Meningkatkan penentuan kendiri komuniti setempat.
- Menggalakkan penglibatan secara demokrasi.
Mewujudkan masyarakat penyayang
Mengatasi ketidakpuasan dan bertindak sewajarnya.
SUKARELAWAN
Setakat ini seramai 83 staf dan 399 pelajar sukarelawan UPNM terlibat dalam Khidmat Komuniti UPNM
KERJASAMA AGENSI LUAR
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
- Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Markas Angkatan Bersama (MK AB)
Pihak Berkuasa Tempatan (termasuklah pejabat daerah, majlis/dewan bandaraya, dan sebagainya)
United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD)
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)
Yayasan Tzu Chi Malaysia
National Institute Occupational Safety And Health (NIOSH)
Bentuk Bantuan
Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah pemberian bakul makanan, pembersihan rumah dan pembaikan bahagian rumah yang rosak.