PROGRAM ADVOKASI KESIHATAN SEKSUAL DAN REPRODUKTIF
5 November 2024 | Semenyih – Sebuah program advokasi kesihatan seksual dan reproduktif telah dilaksanakan di Tadika Berlian Cilik @ Litte Diamond Kindergarten, Semenyih. Program ini melibatkan 45 orang murid-murid tadika berumur dari empat ke enam tahun.
Program ini diketuai oleh Dr Zubaidah bersama pasukan, Puan Raja Zarith Fatiah, Dr Wan Farhana Azwanee dan Dr Sarah. Program ini turut dimeriahkan oleh pakar industri perkembangan awal kanak-kanak iaitu Puan Anisa Ahmad, pengasas House of Wisdom PLT. Disamping itu, kelancaran program ini telah dibantu oleh guru besar tadika iaitu Puan Hazidah dan empat orang guru tadika.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan kanak-kanak mengenai kesihaan seksual dan reproduktif serta memupuk persekitaran yang selamat bagi perbincangan mengenai isu-isu berkaitan gangguan seksual.
Program ini telah dijayakan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti ceramah, tayangan video pendek, simulasi menggunakan patung, aktiviti menari, dan juga permainan interaktif di dalam kumpulan kecil.
Inisiatif ini diharap dapat memberi kesedaran kepada kanak-kanak tentang kepentingan kesihatan seksual dan reproduktif, seterusnya mampu mengelak masalah gangguan seksual.
Sumber perbelanjaan adalah dari Program Kiambang Merah melalui geran Komuniti@UniMADANI, Kementerian Kewangan Malaysia.