PROGRAM ‘GEROBOK REZEKI’ UPNM – MAWIP

28 Mac 2023 – Berbekalkan jiwa kesantunan dan berkebajikan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mewujudkan Program ‘Gerobok Rezeki’. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu staf dan pelajar-pelajar UPNM yang memerlukan di samping meringankan bebanan kewangan mereka di kala keadaan ekonomi negara masih belum stabil.

Penyerahan sumbangan yang dilaksanakan di Dewan Tuah, UPNM melibatkan seramai 100 orang staf dan 1,100 pelajar dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP), Fakulti Kejuruteraan (FKJ) dan Akademik Kecergasan Pertahanan (AKP). YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM telah menyempurnakan pengagihan sumbangan kepada para penerima.
Turut hadir termasuklah Pengurusan Tertinggi UPNM dan Pegawai-pegawai Kanan UPNM.

Share This Post