Program Kasih Ramadan Bersama Anak Yatim & Majlis Berbuka Puasa Bersama Alumni Chapter Melaka

29-30 Mac 2024 – Pusat Kaunseling Kerjaya dan Alumni (PKKA) dengan kerjasama Persatuan Alumni dan Kelab Peers Leaders UPNM telah melaksanakan Program Kasih Ramadan Bersama Anak Yatim dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Alumni Chapter Melaka bertempat di Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSAS), Pantai Puteri, Melaka. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Negeri Melaka (MAIM).
Selain daripada majlis iftar dan sesi serah sumbangan, Kelab Peers Leaders telah mengadakan pengisian berbentuk LDK (motivasi) dan Sembang Sahur bersama adik-adik di RAYSAS.
Pihak pengurusan RAYSAS amat berbesar hati dengan pengisian program motivasi yang dilaksanakan oleh pelajar UPNM dan mengharapkan program sedemikian dapat diteruskan lagi.

Share This Post