PROGRAM KASIH RAMADAN UPNM MENYANTUNI ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN

9 Apr 2023 – Menyelami kesusahan dalam mengharungi kehidupan, Mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Kasih Ramadan Kali-10 bagi menyantuni anak-anak yatim dan miskin di Pertubuhan Anak Yatim Dan Miskin Daerah Hulu Langat.

Terdapat pelbagai pengisian dilaksanakan termasuklah program motivasi, bimbingan berkelompok, gunting rambut raya, majlis iftar, tahlil arwah, solat terawih dan jamuan moreh. Di samping itu UPNM turut menyumbangkan duit raya kepada anak-anak dan menyampaikan sumbangan 3 unit karpet solat bagi kegunaan surau.
Program yang diadakankan pada setiap tahun adalah anjuran bersama PKKA JHEPA dan Gabungan Kelab & Persatuan UPNM diketuai oleh Peers UPNM.
Semoga semaian kebaktian dan kebaikan mahasiswa UPNM menjadi satu motivasi kepada semua untuk turut menabur kebajikan kepada mereka yang memerlukan apatah lagi di bulan Ramadan Al-Mubarak.

Share This Post