Program Selangkah ke IPT 2.0 Bersama Mahasiswa UPNM di SMK Jengka Pusat, Pahang

Kolaborasi mantap di antara Kelab Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR), Permuafakatan Siswa Siswi Felda (PERSADA), Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) serta Pusat Pengurusan Akademik dan Pengijazahan (PAPP) UPNM telah berjaya mengadakan Program Selangkah Ke IPT 2.0 di SMK Jengka Pusat, Pahang.
Program yang melibatkan 30 orang fasilitator AMAR & PERSADA UPNM diketuai oleh Saudara Muhammad Ammar Danish bin Azlan, Pelajar Tahun 2 dari FSTP selaku Pengarah Program dan 120 orang pelajar sekolah bertujuan memberi pendedahan kepada mereka berkaitan alam universiti dan peluang-peluang melanjutkan pengajian ke IPT khususnya UPNM.
 
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan termasuklah ceramah motivasi dan inspirasi kerjaya, Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) dan perkongsian pengalaman oleh Alumni sekolah tersebut yang merupakan mahasiswa UPNM. Ceramah dan bengkel yang diadakan dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar sekolah untuk terus berjaya dalam bidang akademik dan masa depan.
Turut hadir adalah Tuan Haji Darussalam bin Taib yang merupakan Pengetua Sekolah, Lt. Kol. Zazali bin Makding, Pensyarah Kanan Pusat Bahasa dan Encik Rossidi bin Ramle dari PAPP UPNM.

Share This Post