Program Sinar Ramadan Bersama Gelandangan dan Miskin Bandar

22 Mac 2024 – Kelab Peers Leader UPNM telah menganjurkan Program Sinar Ramadan di Sekitar Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan bagi menyantuni gelandangan dan miskin bandar yang memerlukan bantuan keperluan asas. Selain itu, program berbentuk komuniti dan pendidikan ini telah memberi satu kesedaran betapa pentingnya khidmat sosial dalam membantu golongan kurang berkemampuan dan memberi sokongan moral. Program ini juga melibatkan kerjasama Pembimbing Rakan Universiti USIM. Turut serta NGO seperti Food For Gelandangan yang diketuai oleh Tuan Haji Tom.
 
Program ini bermula jam 10 malam dan berakhir jam 2 pagi telah melibatkan seramai 15 Pelajar UPNM dan 15 Pelajar USIM mengedarkan keperluan asas seperti mask, ubat nyamuk, keperluan makanan, edaran pakaian terpakai dan minum malam kepada gelandangan dan miskin bandar.
 
Turut hadir merasmikan YBhg. Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusof, TNC Hepa USIM, Encik Sharizan Samad, Pengarah PKKA dan pegawai-pegawai USIM dan UPNM. Program komuniti berkonsepkan pendidikan ini telah banyak memberi kesedaran kepada semua pihak terutama pelajar UPNM dan USIM dalam menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti komuniti.

Share This Post