Program UPNM Prihatin Jiwa Murni Pembaikan Dan Sumbangan
24 September 2022 (Sabtu) – Program UPNM Prihatin Jiwa Murni Pembaikan Dan Sumbangan di Kg. Parit Puasa, Parit Sulong.
Pejabat Pendaftar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah mengaturkan pergerakan untuk gotong royong bersama penduduk kampung untuk program baikpulih kediaman.
Pembaikan bumbung yang rosak dan tercabut akibat angin ribut telah berlaku di Kg. Parit Puasa telah berjaya dibaiki sepenuhnya bersama bantuan Penghulu serta pihak JKKK.
Sumbangan termasuk daripada usahasama Pejabat PNC JIPK dan Persatuan Bakti Kasih Malaysia yang berupa barangan dapur termasuk dapur dan barangan makanan juga turut disampaikan kepada Penghulu Kg. Parit Puasa sebagai wakil untuk diserahkan kepada penduduk terjejas.
Ahli LPU yang juga Wakil Alumni turut hadir memberi sokongan sebagai mewakili YBM KPT.