RM100,000 setiap sekolah: UPNM pacu impak Sekolah Angkat MADANI di Melaka.

Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad, menegaskan bahawa penglibatan UPNM bukan sekadar tanggungjawab sosial, tetapi hubungan strategik jangka panjang yang memperkukuh kelangsungan pendidikan murid sehingga ke peringkat universiti.
Beliau juga turut turun padang melawat pelaksanaan sebuah lagi projek di bawah inisiatif MADANI iaitu Kampung Angkat MADANI UPNM di Kampung Alai, termasuk pembinaan baharu gelanggang futsal berbumbung, baik pulih gerai ekonomi, penyediaan lampu bagi kawasan perkuburan baharu, pembuatan tugu Kampung Alai dan pemasangan karpet baharu Masjid Al-Falihin yang kini hampir siap sepenuhnya. Turut sama semasa lawatan tapak ini YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Telok Mas.




















