SUKARELAWAN PELAJAR UPNM SERTAI PROGRAM KL CAR FREE MORNING BERSIH-KAL WP DAN KEMPEN SIFAR SISA

2 FEBRUARI 2025 | KUALA LUMPUR: Seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar UPNM bersemangat turut serta menjayakan Program Bersih-Kal WP dan Kempen Sifar Sisa @ Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM).

Program ini dirasmikan oleh YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Melalui penganjuran program ini, diharapkan warga kota akan lebih menghargai kebersihan dan kelestarian Kuala Lumpur, serta menjadikan amalan pengurangan sisa sebagai sebahagian daripada gaya hidup seharian mereka.

Share This Post