30 Jan 2023 – UPNM CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR

30 Jan 2023 – Berbekalkan jiwa prihatin dan berkebajikan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) begitu cakna untuk mengambil inisiatif membantu pelajar-pelajar yang memerlukan. Rombongan yang diketuai oleh En Hairay bin Md Yusof, Bendahari UPNM telah mengadakan program ziarah ke atas seorang pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan dari Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) di kediaman beliau di Sungai Petani Kedah.

Di dalam program ini, beberapa sumbangan telah dihulurkan termasuklah cek agihan zakat, wang tunai sumbangan UPNM Holdings, kutipan derma dari staf dan pelajar FPPP, barangan keperluan pelajar dan sebuah komputer riba. Sementara itu, pelajar yang mengalami kemalangan pada bulan Ogos 2020 turut memerima pemeriksaan perubatan oleh Dr. Aimi Diyana binti Ahmad Rokis, Pegawai Perubatan UPNM.
Ibubapa dan keluarga pelajar amat berterima kasih dan bersyukur di atas ziarah, keprihatinan dan sumbangan yang disampaikan oleh UPNM. Pelajar juga mempunyai iltizam yang kuat untuk meneruskan pembelajaran beliau di UPNM.
Turut hadir termasuklah Prof Madya Kapt Ahmad Zaidi bin Sulaiman (Bersara), Pengarah Kanan Hal Ehwal Pelajar, Tn Hj Anuar Syamsi bin Hj Md Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif UPNM Holdings dan Pensyarah FPPP.

Share This Post