UPNM dan UPNM Holdings sumbang RM7,000.00 untuk Bantuan Gempa Bumi Turkiye dan Syria.

Pada 14 Februari 2023 (Selasa), bertempat di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya telah diadakan Majlis Sumbangan Dana Bencana bagi Bantuan Gempa Bumi Turkiye dan Syria.

Beberapa Agensi Kerajaan, dan syarikat Korporat telah tampil menghulurkan dana sumbangan yang telah disampaikan kepada YB Datuk Seri Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Luar Negeri dan disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
UPNM dan UPNM Holdings telah turut menyampaikan sumbangan dan telah diserahkan melalui wakil UPNM iaitu YBhg Dato’ Dr Junaidah Binti Kamarruddin, Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat).
Atas sumbangan berjumlah RM 7,000.00 itu, YAB Perdana Menteri telah mengucapkan terima kasih kepada pelajar-pelajar dan staf UPNM yang telah turut menyumbang kepada Dana Bencana ini.

Share This Post