UPNM menerajui Program Kampung Angkat MADANI – pelaksanaan yang kini dirasai di Kampung Alai, Melaka.

Dengan nilai keseluruhan RM1 juta, pelaksanaan ini merangkumi pelbagai skop pembangunan termasuk pembinaan gelanggang futsal berbumbung, naik taraf kemudahan karpet dan sistem CCTV Masjid Al-Falihin, pemasangan lampu di tanah perkuburan Islam baharu, pembaikan bumbung gerai ekonomi serta pembinaan tugu di simpang masuk Kampung Alai. Inisiatif ini turut diperkukuh melalui pelaksanaan program pembangunan pendidikan pelajar di Sekolah Kebangsaan Alai, program pemeriksaan dan aktiviti kesihatan kepada komuniti serta penyerahan sumbangan kepada JPKK, sekolah dan golongan asnaf.
Kejayaan ini memperlihatkan keupayaan UPNM sebagai pelaksana yang bukan sahaja merancang, tetapi berjaya menterjemahkan dasar kepada tindakan berimpak di lapangan selari dengan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak. Apa yang diserahkan hari ini bukan sekadar projek, tetapi kemudahan yang digunakan, persekitaran yang ditambah baik dan kesejahteraan yang mula dirasai oleh komuniti.



























