21.07.22 – Pelaksanaan Program UNIVERSITY For SOCIETY (U4S) zon Tengah Selangor di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2

21 Julai 2022 – Program University for Society (U4S) telah dicetuskan oleh YB Menteri Pendidikan pada tahun 2019 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2.

Program ini merupakan salah satu platform kepada Universiti Awam (UA) dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui peningkatan nilai komersial dan penciptaan kekayaan. Selain daripada itu, semua UA ditekankan untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat sama ada meningkatkan kemahiran ataupun menjana pendapatan.

Program Khidmat Komuniti ini akan melibatkan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan, kesedaran serta memberi latihan kepada komuniti yang dilibatkan. Komuniti akan berpeluang mendapat pelbagai pengetahuan daripada pakar bidang perubatan, pendidikan, kaunseling dan masyarakat dalam membentuk komuniti yang sentiasa cakna.

Share This Post