Projek SULAM merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti dan melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan masalah setempat dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari.
Service-Learning Malaysia - University for Society (SULAM)
Kolaborasi Strategik UPNM dan JAKOA
UPNM melalui Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP)
melaksanakan program SULAM dalam komuniti Orang Asli Bera bagi memberi pendedahan berkaitan tahap kesedaran kesihatan wanita dan kanak-kanak.
1. Meningkatkan pembelajaran pelajar dengan menghubungkaitkan teori dengan praktis di dunia sebenar.
2. Meningkatkan sahsiah, kemahiran sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan pelajar.
3. Memenuhi keperluan komuniti melalui aktiviti kesukarelawanan dengan menggunakan ‘kepakaran’ pelajar mengikut disiplin.
UPNM mengambil inisiatif berkolaborasi dengan rakan strategik bagi menjayakan program SULAM kali ini yang dilihat mampu membentuk rangkaian SULAM yang membantu masyarakat. Usaha ini didorong sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) demi merealisasikan slogan Caring Malaysia dalam kalangan pelajar. Antara elemen yang dilaksanakan dalam Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) adalah Perkhidmatan / Pembelajaran Berasaskan Komuniti. Manakala, dasar pelaksanaan aktiviti SULAM dalam masyarakat adalah "Kasih Sayang, Kebahagiaan dan Saling Menghormati.”
4. Mewujudkan persekitaran kerjasama antara pelajar, tenaga pengajar dan komuniti.
5. Memberi peluang kepada agensi, syarikat korporat dan NGO memberi sumbangan komuniti melalui Corporate Social Responsibility (CSR).
Kredit sumber: Kementerian Pengajian Tinggi
Jom Sertai KHIDMAT KOMUNITI UPNM
Selagi kemiskinan, ketidakadilan & ketidaksamaan berterusan, tiada seorang pun daripada kita boleh benar-benar berehat. Tidak perlu banyak untuk mengubah kehidupan, Hubungi hari ini dan mula membuat perubahan.